KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Latif Romly terus mengukuhkan statusnya sebagai raja lompat jauh para Asia apabila menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.
Atlet berusia 29 tahun itu mengekalkan penguasaannya dalam acara lompat jauh apabila melakukan lompatan sejauh 7.39 meter (m) di Stadium Olahraga Taman Mizuho, sekali gus memastikan emas menjadi milik negara.
Lebih manis, kejayaan itu menyaksikan Latif merangkul pingat emas keempat berturut-turut dalam temasya berkenaan sejak edisi Incheon, Korea Selatan pada 2014.
Pingat perak menjadi milik wakil Arab Saudi, Hassan Dawshi yang mencatat lompatan 7.03m, manakala atlet tuan rumah, Kanta Kokubo membawa pulang gangsa menerusi lompatan sejauh 6.98m.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)