JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memandu Proton e-MAS secara berbahaya dalam satu video tular di media sosial.
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.35 pagi tadi di pekarangan pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Victor Genason berkata penahanan dibuat susulan video berdurasi 34 saat yang tersebar di Facebook memaparkan aksi pemanduan berbahaya yang di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya di sini.
"Video memaparkan sebuah kereta memotong kenderaan lain secara berbahaya dan mencatatkan kira-kira 43,000 tontonan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)