KUALA TERENGGANU – Seramai 69 warga asing termasuk 36 etnik Rohingya ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Warga Asing (Ops Pewa) berlangsung sejak 28 September lalu.

Operasi yang diadakan di sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus tersebut turut menyita 68 kenderaan meliputi 45 motosikal, kereta (17) dan lain-lain (enam).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd. Zamri Samion berkata, operasi yang berakhir hari ini turut menahan enam warga asing Bangladesh, China (sembilan) Indonesia (tujuh), Pakistan (lima), Thailand (seorang) dan lain-lain (lima).

“Sebanyak 315 saman dan dua notis kompaun telah dikeluarkan terhadap mereka atas pelbagai kesalahan trafik.