JAKARTA – Republik Indonesia meminta Malaysia dan Singapura menerima hakikat bahawa krisis jerebu rentas sempadan yang sedang berlaku ketika ini adalah fenomena alam sepenuhnya dan bukannya berpunca daripada kecuaian manusia.
Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia, Syahganda Nainggolan, menegaskan bahawa krisis kebakaran hutan berlaku di luar kawalan dan meminta negara jiran memahami situasi tersebut.
Memetik laporan portal Kompas.com, beliau turut mendakwa bahawa kawasan hutan Indonesia turut menyumbangkan bekalan oksigen kepada Malaysia dan Singapura apabila keadaan pulih.










