KUALA LUMPUR: Indonesia mengenal pasti 198 suspek individu dalam siasatan kes kebakaran hutan dan tanah, selain memproses 97 laporan polis melibatkan syarikat sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi menangani kebakaran yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia.
Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur dalam kenyataannya, memaklumkan Polis Republik Indonesia mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu, manakala Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di lapan wilayah.
Kawasan konsesi yang terbakar itu meliputi 33,514.01 hektar, membabitkan 16 entiti perniagaan di Sumatera dengan keluasan 3,813.85 hektar dan 41 di Kalimantan meliputi 29,700.16 hektar.








