KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengoptimumkan penggunaan peruntukan Belanjawan 2027 untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, serta menangani ancaman jenayah digital yang semakin kompleks.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata PDRM komited memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan secara cekap dan berintegriti bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepolisan.

Beliau berkata, PDRM menghargai peruntukan RM22 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), termasuk RM7.1 bilion bagi pembelian dan penyelenggaraan aset pasukan keselamatan.

Pembinaan Kompleks Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras dan tiga balai polis baharu di Melaka, Perak serta Sarawak, turut dijangka memperkukuh infrastruktur dan keupayaan operasi pasukan.