KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berharap harga tiket pawagam di Wilayah Persekutuan dapat diturunkan susulan keputusan kerajaan memberikan pengecualian penuh duti hiburan bagi tayangan filem dan persembahan teater tempatan mulai 2027.

Beliau berkata, langkah itu sewajarnya mendorong pihak pengusaha pawagam menurunkan harga tiket bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia kembali menyokong industri filem tempatan.

"Saya akan bercakap dengan pihak Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE). Disebabkan pihak kerajaan telah mengetepikan cukai hiburan, maka harga tiket di panggung wayang di Wilayah Persekutuan mestilah turun.

"Saya akan berhubung dengan mereka," katanya ketika ditemui media selepas sesi pembentangan Belanjawan 2027 di sini, hari ini.