Johor Bahru: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara berbahaya sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Victor Genason berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.35 pagi di pekarangan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.
Menurutnya, penahanan itu dibuat susulan tular satu rakaman video berdurasi 34 saat di laman sosial Facebook.
"Video berkenaan memaparkan sebuah kereta memotong kenderaan lain secara berbahaya di jalan terbabit dan telah mencatatkan kira-kira 43,000 tontonan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)
