Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendakwa beliau masih belum menerima writ saman daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, berhubung tuduhan menerima RM9.5 juta daripada ahli perniagaan, Victor Chin bagi menyelesaikan isu mafia korporat.

Rafizi berkata, beliau mendengar sepenuhnya jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini berhubung isu mafia korporat, termasuk dakwaan terhadap Ramanan yang juga Naib Presiden PKR.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) itu, mendakwa ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengenai tuduhan itu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa Ramanan sudah mengambil tindakan undang-undang.