SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang murid perempuan Tahun Satu yang mengalami kesukaran bernafas di sebuah sekolah di Dengkil, pada Isnin.Kenyataan JPN Selangor pada Selasa memaklumkan murid itu dilaporkan mengalami kesukaran bernafas di sekolah sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan."JPN Selangor merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita kepada keluarga murid berkenaan."Pada masa sama, JPN Selangor akan memastikan kebajikan keluarga murid berkenaan diberikan perhatian sewajarnya termasuk bantuan dan sokongan psikososial mengikut keperluan," menurut kenyataan itu.Menurut JPN Selangor, pihaknya juga akan memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga sekolah yang terkesan akibat insiden itu diberikan perhatian sewajarnya."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian itu."Semua pihak diminta menghormati privasi keluarga serta memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," menurut kenyataan itu.Terdahulu, polis mengesahkan murid berkenaan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin. - Bernama
Murid maut sesak nafas di sekolah: JPN Selangor beri kerjasama penuh
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Harian Metro JPN Perlis pasang CCTV di asrama sekolah
- Malaysiakini (BM) Apabila murid sekolah rendah sisih rakan 'makan babi', 'pakai salib'
- Utusan Malaysia 12 kanak-kanak sesak nafas selepas terhidu gas beracun
- Sinar Harian Murid maut sesak nafas di sekolah: JPN Selangor beri kerjasama penuh (this story)




