Georgetown: Kerjasama strategik antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) akan memfokuskan kepada pembangunan kapasiti, latihan kepakaran bersama, pelaksanaan penyelidikan saintifik dan perkongsian data empirikal bagi menganalisis trend rasuah serta keberkesanan tadbir urus.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, kolaborasi antara agensi penguatkuasaan dan universiti awam (UA) terkemuka negara itu membuka lembaran baharu dalam pembangunan modul akademik, kajian penyelidikan serta program kesedaran berimpak tinggi.

"SPRM melihat kerjasama ini sebagai platform terbaik untuk menyatukan kepakaran akademik dan kekuatan penguatkuasaan bagi melahirkan ekosistem organisasi yang telus," katanya.