KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd hari ini mengumumkan perjanjian untuk melaksanakan Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri Perak, Khazanah Air Perak Sdn Bhd (KAP) dan Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd (PAIPP).

KAP ialah syarikat usaha sama 50:50 antara Gamuda dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), manakala PAIPP adalah anak syarikat milik penuh KAP.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda memaklumkan di bawah perjanjian NPWSS itu, kerajaan negeri akan melantik KAP dan PAIPP untuk membangunkan, mengendalikan dan menyelenggara NPWSS, dengan PAIPP bertanggungjawab terhadap skop kerja loji rawatan air (WTP), manakala KAP bertanggungjawab ke atas skop kerja sumber air.