Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (JKPK) Parlimen akan menghantar memorandum berkaitan masalah jerebu rentas sempadan kepada Kedutaan Indonesia esok.
Pengerusinya Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berkata isu jerebu menjadi masalah kepada negara dalam pelbagai aspek seperti alam sekitar, kesihatan awam, keselamatan rakyat, ekonomi negara serta hubungan diplomatik antara negara jiran.
"Insya-Allah esok pagi JKPK dan anggota akan serah memorandum kepada Kedutaan Indonesia mengenai masalah jerebu ini," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat tempatan yang didakwa terlibat dalam pembakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan.









