Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen Suhaizan Kaiat berkata isu jerebu menjadi masalah kepada negara dalam pelbagai aspek seperti alam sekitar, kesihatan awam, keselamatan rakyat, ekonomi negara serta hubungan diplomatik antara negara jiran.KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (JKPK) Parlimen akan menghantar memorandum berkaitan masalah jerebu rentas sempadan kepada Kedutaan Indonesia esok.
Pengerusinya, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai), berkata isu jerebu menjadi masalah kepada negara dalam pelbagai aspek seperti alam sekitar, kesihatan awam, keselamatan rakyat, ekonomi negara serta hubungan diplomatik antara negara jiran.
"Insya-Allah esok pagi JKPK dan anggota akan serah memorandum kepada Kedutaan Indonesia mengenai masalah jerebu ini," katanya ketika menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat.






