Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dakwa Bersatu 'tikam belakang' PN selepas pendaftaran gabungan itu dibatalkan JPPM.PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mendakwa Bersatu 'tikam belakang' Perikatan Nasional (PN) berikutan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran PN.

Wan Ahmad Fayhsal berkata langkah JPPM berpunca daripada aduan Bersatu selepas kepimpinan parti berkenaan disingkirkan secara demokratik dalam PN.

Beliau menyifatkan kekecewaan yang ditunjukkan kepimpinan Bersatu berhubung pembatalan itu sebagai 'air mata buaya', sambil mendakwa ia sebahagian daripada perancangan sulit parti itu untuk melemahkan PN melalui strategi 'bumi hangus'.