Presiden Umno Zahid Hamidi sepatutnya menyampaikan ceramah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan dalam acara yang dijangka dihadiri kira-kira 100,000 orang pada Jumaat ini.PETALING JAYA: Presiden Umno, Zahid Hamidi tidak dapat menghadiri program Munajat dan Penyatuan Ummah anjuran PAS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan pada Jumaat ini.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata Zahid perlu menghadiri sebuah program besar Umno di Melaka pada hari sama.

Jelasnya, Zahid sepatutnya menyampaikan ceramah bersama Presiden PAS, Hadi Awang dalam acara yang dijangka dihadiri lebih 100,000 orang itu.

"(Umno Kelantan) sampaikan salam presiden mereka dan minta maaf kerana Umno ada satu program besar di Melaka pada 23 Okt ini. Jadi, presiden kata pimpinan-pimpinan tinggi semua di Melaka," katanya menurut Sinar Harian.