KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Perancis selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, di Arena Grand Paris, sebentar tadi.

Aaron-Roy King mengambil masa 51 minit untuk mencatat kemenangan 21-18, 18-21, 21-12 dalam pertarungan tiga set.

Bagaimanapun, cabaran lebih getir menanti pasangan negara yang muncul juara Terbuka Artik, 11 Oktober lalu apabila mereka dijadualkan bertemu pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada pusingan kedua.

Won Ho-Seung Jae mara selepas menewaskan beregu Jepun, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita, 21-12, 21-9.