MUNICH: Pemain sayap Bayern Munich, Serge Gnabry tidak terkejut apabila bekas rakan sepasukannya, Mikel Arteta menjadi jurulatih yang berjaya, sambil menyifatkan pengendali Arsenal itu sememangnya seorang pemimpin di bilik persalinan.

Gnabry, yang memulakan karier bola sepak bersama Arsenal, bakal berdepan pasukan kendalian Arteta di Allianz Arena, Khamis ini dalam aksi Liga Juara-Juara.

"Dia memang seorang pemimpin dalam pasukan kami ketika itu. Dia menjadi kapten pada musim kami bermain bersama," kata Gnabry.

"Saya masih ingat bagaimana dia membantu kami. Dia banyak berkongsi nasihat dengan kami. Dia juga sentiasa mudah didekati dan terbuka.