KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Malaysia di Perancis berdepan detik cemas apabila terpaksa bersembunyi dan berlindung di sebuah bakeri selepas terperangkap berhampiran lokasi rusuhan di bandar Le Havre, Normandie, Sabtu lalu.

Penuntut tahun dua jurusan Pengurusan Perniagaan di EM Normandie Business Schools, Fatin Nur Elleyana Suresh Amiruddin, 20, berkata ketika rusuhan tercetus dia berada di luar kawasan kerana menyiapkan tugasan akademik universiti.

Menurutnya, dia mula menyedari berada berhampiran lokasi rusuhan apabila keadaan mula kecoh, sebelum mencari perlindungan di sebuah bakeri berdekatan.

"Saya bernasib baik kerana pemilik kedai sangat prihatin dan cuba menenangkan saya, beberapa keluarga serta kanak-kanak turut berlindung di situ.