Kuala Lumpur: Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mencerminkan sokongan kerajaan terhadap artis tempatan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata sokongan sedemikian penting bagi membangunkan industri kreatif negara, termasuk muzik dan seni yang berpotensi menjadi antara sumber pendapatan serta memperkukuh kuasa lembut Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Jika Perdana Menteri tidak menyokong artis tempatan, siapa lagi yang akan menyokong artis tempatan? Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi?" katanya kepada media selepas merasmikan Anugerah Tandas Terbaik Malaysia 2026 (TOTYA'26) di sini malam ini.







