KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pelan Persediaan Haji atau Seruan Istito'ah, yang menggantikan proses pengurusan giliran haji sebelum ini berpotensi mengurangkan lebih separuh tempoh menunggu sehingga di bawah 70 tahun, berbanding sekitar 150 tahun sebelum ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata tempoh anggaran semasa Lembaga Tabung Haji (TH) itu bagaimanapun boleh berubah.
Beliau berkata antaranya bergantung kepada jumlah pendeposit yang memenuhi syarat simpanan minimum ditetapkan, bilangan kuota haji rasmi Malaysia pada masa hadapan serta perkembangan semasa terutamanya di Tanah Suci.
"Bermula 1 Januari 2029, giliran haji akan disusun semula secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran dalam kalangan mereka yang telah mencapai simpanan minimum RM15,000.







