SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan sindiket yang mencampurkan minyak masak peket bersubsidi dengan minyak masak terpakai.

Kegiatan dikesan hasil pemeriksaan bersama Polis Marin Wilayah Tengah di sekitar Pelabuhan Klang, dekat sini petang tadi.

Sindiket dikesan memotong minyak masak peket bersubsidi satu kilogram sebelum dicampurkan dengan minyak masak terpakai dan disimpan dalam tangki khas.

Campuran dipercayai disimpan untuk dijual semula kepada syarikat pemprosesan minyak masak terpakai atau dipasarkan melalui pasaran gelap bagi mengaut keuntungan berganda.