KOTA BHARU – Cubaan sindiket untuk menyeludup sebanyak lebih empat tan minyak masak bersubsidi ke Thailand menggunakan lima buah kenderaan gagal selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu kawasan Kampung Kubang Chetok dekat Pasir Mas malam tadi.
Kelima-lima pemandu dua buah kenderaan utiliti sukan jenis Mitsubishi Pajero, kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Unser, trak pikap jenis Nissan Navara dan van jenis Toyota Hiace itu bagaimanapun melarikan diri ketika serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 8 malam.
Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, siasatan mendapati, kelima-lima kenderaan itu









