KUALA LUMPUR: Pelakon dan selebriti media sosial, Syamim Farid menegaskan persahabatannya dengan Bella Astillah sudah terjalin sejak zaman persekolahan, jauh sebelum sahabatnya itu mendirikan rumah tangga.

Syamim berkata, meskipun jarang berkongsi kebersamaan mereka di media sosial, dia sentiasa mengikuti perkembangan Bella dan bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan.

Menurutnya, keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan persahabatan mereka kepada umum dibuat kerana dia lebih selesa menjaga privasi kehidupan peribadi, khususnya hubungan dengan individu yang rapat dengannya.

“Saya dengan Bella sebenarnya sudah lama kenal, sejak sebelum Bella berkahwin lagi. Sudah lama sangat, sejak zaman sekolah. Memang sudah lama berkawan dengan dia.<