LUMUT – Bapa kepada dua beradik yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Koh, Sitiawan dekat sini pagi tadi terkilan kerana gagal menyelamatkan anak-anaknya.
Menurutnya yang dikenali sebagai Kiong, 50-an, sewaktu kejadian dia dan isterinya keluar bersarapan di Sitiawan dan pulang sewaktu kebakaran telah berlaku.
“Sewaktu saya pulang, kami nampak api sedang marak dan saya cuba membuka pintu rumah tetapi ia tak dapat dibuka. Cubaan untuk melanggarnya juga tidak berjaya.
“Keadaan juga begitu panas ketika itu menyebabkan percubaan kami untuk mengeluarkan anak-anak tidak berjaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.








