TUMPAT – Abang kepada seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dibunuh kediamannya di Kompleks Perumahan Awam dekat Nilai, Negeri Sembilan malam tadi dihubungi oleh suspek yang merupakan adik iparnya untuk menjadi saksi saksi lafaz cerai terhadap arwah.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa, Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, yang bertugas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai dibunuh oleh suaminya yang berusia dalam lingkungan 30-an sebelum lelaki itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor kira-kira 30 minit kemudian.

Mohd. Hazwan, 38, berkata sehari sebelum kejadian, dia bermalam di rumah Allahyarham adikn