KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disyaki menjadi dalang sindiket penipuan pelaburan pokok gaharu bernilai lebih HK$14 juta (kira-kira RM7.2 juta) yang ditumpaskan polis Hong Kong, kelmarin.
Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), lelaki terbabit antara enam individu yang ditahan dalam operasi di beberapa lokasi di Hong Kong, kelmarin.
Lima lagi suspek ialah penduduk Hong Kong, dan kesemua yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita berusia antara 52 hingga 66 tahun.
Operasi dikenali sebagai 'Shadow Net' itu dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Hong Kong selepas menerima 21 laporan daripada pelabur sejak September lalu.








