Kuala Lumpur: Kualiti udara di Pasir Gudang, Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 204, setakat jam 4 petang ini.
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 30 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
Ia membabitkan Larkin, Johor yang merekodkan bacaan pada nilai 200, Johan Setia, Selangor (185); Nilai, Negeri Sembilan (182); Pengerang, Johor (181); Bandaraya Melaka (180) dan Klang, Selangor serta Bukit Rambai, Melaka masing-masing mencatatkan bacaan 177.
Selain itu, Seremban, Negeri Sembilan (175); Petaling Jaya, Selangor (174); Kota Tinggi, Johor (172) dan Putrajaya serta Port Dickon, Negeri Sembilan (171).








