KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala satu stesen mencatatkan tahap sangat tidak sihat, setakat 7.30 pagi ini.
Berdasarkan data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor, mencatatkan bacaan tertinggi bagi kategori sangat tidak sihat iaitu 203.
Seterusnya, diikuti Larkin, Johor, dengan bacaan kedua tertinggi (192); Nilai, Negeri Sembilan (189); Johan Setia, Selangor (183); Klang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan (181).
Selain itu, Bandaraya Melaka pula mencatatkan bacaan 178, diikuti Bukit Rambai, Melaka (177); Pengerang, Johor (175); Seri Manjung, Perak (173); Putrajaya (173) dan Batu Pahat, Johor (173).










