KUALA LUMPUR: Jadual perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bagi Laluan Kajang mengalami kelewatan pagi ini, berikutan cubaan mencuri kabel dan pencerobohan di landasan.
Rapid KL memaklumkan, kelewatan membabitkan antara Stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.
"Tren akan bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di sesetengah stesen buat sementara waktu.
"Penumpang boleh mendapatkan bantuan daripada pegawai stesen atau polis bantuan sekiranya diperlukan," katanya pada kenyataan.










