KUALA LUMPUR: Ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia tidak seharusnya menjadi penghalang kepada penyatuan menerusi muzik, sebaliknya seni itu mampu menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan masyarakat kedua-dua negara.
Wakil penganjur NU Fest 2027 daripada COMs Creative Studio, Zairul Addry Helmy, berkata pihaknya yakin muzik mempunyai kekuatan menyatukan masyarakat tanpa mengira perbezaan negara, sekali gus mewujudkan ruang untuk peminat berkongsi minat dan pengalaman.
Katanya, penganjuran festival muzik yang turut membabitkan artis Indonesia membuktikan hubungan antara peminat kedua-dua negara masih mempunyai ruang untuk diperkukuh menerusi seni dan hiburan.
"Kita tidak takut kerana kita bermain muzik dan muzik menyatukan. Jika perkara seperti itu (boikot) berlaku, sudah tentu semua konsert di Malaysia akan terjejas.









