Manchester: Manchester United akan bertandang ke gelanggang seteru tradisi, Leeds United Ahad ini ketika tekanan terhadap pengurus Michael Carrick semakin memuncak, manakala Manchester City berusaha meneruskan permulaan sempurna dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun masa depan mereka dibayangi ketidaktentuan.
Brighton berpotensi menjadi antara pasukan yang paling mendapat manfaat sekiranya City dikenakan hukuman berat kerana melanggar peraturan kewangan.
The Seagulls kini berada pada kedudukan kukuh, hanya dua mata di belakang Arsenal yang menduduki tangga kedua, menjelang pertembungan penuh sengit menentang Crystal Palace.
United memulakan kempen liga dengan rekod terburuk dalam tempoh 40 tahun, sebelum kekalutan dalam pasukan bertambah susulan kritikan pertahanan Lisandro Martinez terhadap kepimpinan kelab berhubung kekurangan pelaburan dalam skuad selepas kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid pada Selasa lalu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fundang423_276515.png&w=480&output=webp&q=85&we)

