KETIKA kebanyakan anak muda hari ini lebih cenderung menghabiskan masa dengan telefon pintar dan media sosial, sekumpulan belia di Kampung Terang, Balik Pulau di Pulau Pinang memilih memikul tanggungjawab bagi memastikan seni rebana, kompang dan silat terus hidup sebagai warisan masyarakat Melayu.

Usaha itu digerakkan menerusi Seni Warisan Pusaka Anak Rebana, yang aktif mengadakan persembahan di pelbagai majlis.

Ia bertujuan melahirkan generasi pelapis bagi memastikan seni tradisional tersebut tidak tenggelam ditelan arus pemodenan.

Ahlinya, Muhammad Haris Danial Muhammad Syahril berkata, kumpulan seni warisan itu kini mempunyai kira-kira 30 ahli aktif.