SEREMBAN: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) mendesak persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ditangguhkan daripada jadual asal hari ini supaya diadakan segera bagi membolehkan isu rakyat dibangkitkan.
ADUN Nilai, J. Arul Kumar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung penangguhan berkenaan kerana tarikh persidangan pada 16 hingga 22 Oktober masih tertera dalam portal rasmi e-Dewan pagi tadi.
Katanya, penangguhan persidangan itu sekali gus menafikan peluang wakil rakyat untuk mendapatkan penjelasan kerajaan negeri berhubung pelbagai isu.
“Kami berharap persidangan DUN ini dipanggil segera. Tidak perlu tunggu sehingga persidangan belanjawan kerana persidangan hari ini adalah persidangan biasa yang perlu diadakan,” katanya ketika ditemui









