KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Intan Najuwa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menghantar ugutan bunuh kepadanya menggunakan akaun media sosial palsu.

Menerusi hantaran di media sosialnya, baru-baru ini, Intan atau pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata individu terbabit muncul semula selepas berbulan-bulan mendiamkan diri.

Menurutnya, individu terbabit pernah mengganggunya hampir setiap hari menerusi mesej peribadi (DM) serta rakan-rakannya yang turut menerima mesej peribadi dan emel daripada individu terbabit.

"Hari ini (kelmarin) dia muncul balik selepas berbulan-bulan mendiamkan diri. Sebelum ini, hampir setiap hari dia mengganggu saya melalui DM.