PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan enam kawasan di Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Mukah melibatkan Daro dan Tanjung Manis.

“Amaran sama turut melibatkan Betong; Sarikei (Sarikei dan Pakan); Samarahan; Sri Aman (Lingga, Pantu dan Sri Aman) serta Kuching,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Ribut petir, hujan lebat landa enam kawasan di Sarawak appeared first on Kosmo Online.