KOTA BHARU: Lima penyeludup melarikan diri dengan meninggalkan lima buah kenderaan yang membawa lebih 4.1 tan metrik minyak masak bersubsidi selepas kegiatan haram mereka terbongkar menerusi Op Tiris 4.0 di Kampung Kubang Chetok, Pasir Mas, dekat sini malam tadi.
Serbuan pukul 8 malam itu membabitkan nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan berjumlah RM138,053.50.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kejayaan itu hasil maklumat risikan dengan kerjasama Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) l Pasir Mas.
Katanya, pemeriksaan di lokasi selepas serbuan dilalukan mendapati lima kenderaan yang digunakan untuk membawa minyak masak berkenaan terdiri daripada Toyota Unser, Mitsubishi Pajero, Nissan Navara dan Toyota Hiace.








