Kuala Lumpur: Pemilik dan pengusaha bas sekolah di seluruh negara diminta mengemas kini maklumat pemandu masing-masing menerusi portal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bermula hari ini hingga 30 Oktober bagi melancarkan penyaluran Bantuan Khas Kewangan RM1,000.
APAD dalam kenyataan hari ini berkata agihan bantuan itu akan dilaksanakan secara berfasa mulai 22 Oktober ini, selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya ia diselesaikan sebelum sambutan Deepavali tahun ini.
Katanya, beberapa langkah dipersetujui menerusi libaturus dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia serta Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kuala Lumpur dan Selangor bagi memastikan proses semakan kelayakan serta pembayaran berjalan teratur dan lancar.









