PUTRAJAYA: Pengumuman kenaikan pangkat kepada 12,000 pegawai pengurusan dan profesional serta Bantuan Khas Kewangan RM1,500 membuktikan kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf sumbangan penjawat awam selain membantu meringankan beban kos sara hidup.

K Yuvarany, 34, berkata pelaksanaan kenaikan pangkat secara one-off itu adalah pengiktirafan bermakna kepada mereka yang sudah lama menantikan peluang kemajuan kerjaya berikutan kekangan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata, pengumuman itu turut mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap pegawai yang sudah lama berkhidmat dan menunjukkan prestasi cemerlang.

"Inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang kepada kemajuan kerjaya, malah menjadi penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan penjawat awam yang sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada negara.