Kuching : Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam dan RM750 kepada pesara kerajaan serta veteran dijangka membantu meringankan tekanan kos sara hidup, khususnya dalam menampung perbelanjaan keperluan harian, pendidikan anak-anak dan komitmen keluarga, selain merangsang perbelanjaan domestik.
Penjawat awam, Joshua Amir Sibat berkata, ini kerana berdasarkan Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), purata perbelanjaan penggunaan isi rumah meningkat daripada RM5,150 pada 2022 kepada RM5,566 pada 2024 iaitu kenaikan kira-kira 8.1 peratus dalam tempoh dua tahun.
"Perkembangan itu menggambarkan keperluan sokongan kewangan bagi membantu isi rumah menyesuaikan perbelanjaan ketika berdepan peningkatan kos sara hidup.









%2Ffile%2Fattachments%2F887%2FBP-Pool_748858_463366.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
