CANBERRA: Dua remaja lelaki menaiki sebuah jet ski berdepan kemungkinan pertuduhan jenayah selepas bertindak ganas mengelilingi dan menyembur air ke arah sebuah bot aluminium yang dinaiki dua kanak-kanak sehingga menyebabkannya terbalik di Gold Coast, Australia.

Rakaman video yang diambil oleh saksi kejadian, Robert Collin memaparkan aksi dua remaja berusia 15 dan 16 tahun berkenaan mengepung bot yang dinaiki dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 14 tahun di Sungai Nerang berhampiran Surfers Paradise baru-baru ini.

Bot kecil itu dipukul ombak yang dicipta secara sengaja oleh ski air terbabit sebelum ia terbalik dan mencampakkan kedua-dua mangsa ke dalam sungai.

“Penunggang jet ski tersebut bertindak amat agresif terhadap bot kecil itu dan langsung tidak peduli untuk melihat keadaan dua mangsa selepas menyebabkan bot mereka terbalik.