KLANG – Seorang lelaki yang dipercayai hilang ketika memancing di Tasik Bukit Raja di sini ditemukan meninggal dunia selepas lebih 14 jam pencarian dilakukan sejak malam tadi.
Mayat mangsa berusia 30 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 300 meter dari pangkalan kawalan bomba (PKB) pada pukul 12.45 tengah hari sebelum berjaya dibawa naik 15 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.37 malam tadi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai hilang ketika menjalankan aktiviti memancing di tasik berkenaan.








