GEORGE TOWN - Seorang penuntut perempuan sebuah universiti maut di blok asrama institut pengajian tinggi itu di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada pihak universiti pada 8.40 pagi, memaklumkan penemuan mayat penuntut universiti berumur 21 tahun yang menetap di asrama tersebut."Mayat penuntut perempuan itu pada 7.25 oleh petugas kebersihan universiti tersebut dalam keadaan terlentang di bawah blok asrama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Siasatan di tempat kejadian mendapati, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.- Bernama
Penuntut wanita ditemukan maut di blok asrama universiti

Key takeaways
Seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun ditemui meninggal di blok asrama universiti di George Town.
- Mayat ditemui oleh pekerja kebersihan pada pukul 7.25 pagi.
- Tiada bukti jenayah dikesan di tempat kejadian.
- Pemeriksaan mendapati kecederaan luaran pada tubuh mangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Cemburu disyaki punca penuntut wanita maut
- Berita Harian Penuntut wanita maut terjatuh bangunan
- Harian Metro Penuntut USM maut disyaki jatuh bangunan asrama
- Utusan Malaysia Penuntut wanita USM dijumpai maut di bawah blok asrama
- Sinar Harian Penuntut wanita ditemukan maut di blok asrama universiti (this story)







