KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Putrajaya akan beroperasi seperti biasa esok.Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di tiga negeri itu dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dalam kenyataan berasingan pada Khamis, menggalakkan murid, guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) serta seluruh warga sekolah hadir dengan memakai pelitup muka.Selain itu, jabatan tersebut memaklumkan ibu bapa dan penjaga yang bimbang kesan jerebu terhadap kesihatan anak dibenarkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak sekolah.Di Negeri Sembilan, JPN memaklumkan semua aktiviti di luar bilik darjah termasuk pendidikan jasmani, aktiviti kokurikulum dan sukan, perkhemahan, keraian, perhimpunan dan aktiviti di dewan terbuka hendaklah dihentikan sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100.Jabatan itu memaklumkan sebarang keputusan penutupan institusi pendidikan akibat jerebu adalah tertakluk kepada ketetapan, kriteria dan garis panduan ditetapkan KPM berdasarkan bacaan IPU serta perkembangan semasa.Di Pahang, Selangor dan Putrajaya, JPN berkaitan memaklumkan semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan berikutan situasi jerebu.Dalam pada itu, semua penjaga dan ibu bapa disarankan untuk sentiasa mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini menerusi saluran komunikasi rasmi seperti JPN, JPWPP, Pejabat Pendidikan Daerah serta pihak sekolah.Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi tadi dengan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 192.- Bernama
Jerebu: Semua sekolah KPM di tiga negeri, Putrajaya beroperasi seperti biasa esok

Key takeaways
Semua sekolah KPM di tiga negeri dan Putrajaya akan beroperasi seperti biasa esok dengan langkah keselamatan jerebu.
- Murid, guru dan warga sekolah diminta memakai pelitup muka untuk keselamatan.
- Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan jika bacaan IPU melebihi 100.
- Ibu bapa boleh tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan ditutup esok
- Sinar Harian Jerebu: Semua sekolah KPM di tiga negeri, Putrajaya beroperasi seperti biasa esok (this story)





