am@hmetro.com.my
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkukuh aspek keselamatan dan kebajikan penuntut politeknik, termasuk mereka yang tinggal di luar asrama, susulan kematian seorang penuntutnya di Jalan Air Putih di sini, Selasa lalu.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Aminuddin Hashim, berkata pihaknya menyerahkan siasatan kejadian berkenaan kepada polis, selain mengarahkan kaunselor berdaftar membantu waris mangsa serta penuntut lain yang terkesan.
Menurutnya, pasukan Kaunselor On Wheel juga sudah digerakkan ke Kuantan bagi memberi bimbingan psikologi dan sokongan kepada penuntut yang mungkin mengalami trauma akibat kejadian berkenaan.
"Kita perlu membabitkan semua komuniti pendidikan tinggi dan masyarakat untuk bersama-sama dalam hal ini kerana kita faham penuntut lain mungkin tertekan dan trauma dengan berita seperti ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program perasmian Industry Nexus 2026 (INDex), di sini hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fjerebu12_852676.png&w=480&output=webp&q=85&we)