BENTONG: Cemburu kerana teman wanita berjumpa lelaki lain dikenal pasti sebagai motif seorang lelaki berusia 19 tahun disyaki mencekik kekasihnya sehingga maut di sebuah bilik sewa di Jalan Air Putih 2, Kuantan, semalam.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), semalam mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jerutan pada leher hingga menyebabkan kekurangan oksigen.
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu suspek terhadap mangsa yang juga berusia 19 tahun.
"Siasatan mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu antara pasangan kekasih itu kerana suspek tidak berpuas hati mangsa berjumpa lelaki lain.









