safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis Laos dipercayai menerima maklumat mengenai rancangan penyeludupan 521 kilogram (kg) methamphetamine atau syabu sejak 21 September lalu, sebelum menjalankan risikan dan pemantauan sehingga berjaya menggagalkan cubaan berkenaan pada 1 Oktober lalu.

Media Laos, Vientiane Times melaporkan maklumat itu membolehkan polis mendapatkan tarikh dan waktu sebenar kegiatan penyeludupan sebelum mengesan dua kenderaan tiba di lapangan terbang dan memindahkan sejumlah bagasi ke sebuah pesawat peribadi.

"Polis Laos dari awal sudah menerima maklumat mengenai penyeludupan dadah melalui rentas sempadan ini sebelum melakukan risikan dan pemantauan sehingga akhirnya mengesan dua kenderaan yang tiba di lapangan terbang sebelum memindahkan sejumlah bagasi ke pesawat.