Jakarta: Pengarah sebuah penjara di Indonesia dipecat susulan siasatan berhubung kemudahan dan penginapan mewah yang digunakan banduan.
Wisnu Hani Putranto, yang mengetuai Penjara Cibinong di Bogor, Jawa Barat, turut dilucutkan jawatan sebagai penjawat awam, lapor media tempatan Kompas pada Isnin, memetik Inspektor Jeneral Kementerian Imigresen dan Pemasyarakatan Indonesia, Rudi Setiawan.
Wisnu adalah antara 17 penjawat awam kementerian berkenaan yang dikenakan tindakan disiplin, kata Rudi kepada wartawan di pejabat kementerian di sini.
"Daripada jumlah itu, seorang kakitangan dipecat, lima lagi disyorkan dikenakan tindakan disiplin berat manakala 11 yang lain disyorkan dikenakan tindakan disiplin sederhana," katanya.










