am@hmetro.com.my
Gurun: Mayat remaja lelaki dipercayai mangsa bunuh dengan kesan cedera di muka dan kepala ditemui di semak berhampiran Jalan Harvard, di sini.
Mayat Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 18, ditemui lengkap berpakaian sukan hitam dan kuning oleh orang awam jam 8 pagi tadi.
Ibu mangsa, Azura Zor, 41, berkata, dia terkejut apabila anggota polis datang ke rumahnya di Guar Chempedak dan menunjukkan gambar mayat lelaki untuk pengecaman.
Pada mulanya dia menyangka polis datang ke rumah untuk menahan anak sulungnya itu.









