ALOR SETAR: Mayat seorang remaja dipercayai mangsa bunuh dengan kesan cedera pada bahagian muka serta kepala, ditemui dalam semak berhampiran Jalan Harvard di Gurun, Sungai Petani, hari ini.

Mangsa, Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 18, dijumpai lengkap berpakaian sukan berwarna hitam dan kuning oleh orang awam kira-kira jam 8 pagi.

Ibu Allahyarham, Azura Zor, 41, berkata terdahulu beliau terkejut apabila anggota polis hadir ke rumahnya di Guar Chempedak dan menunjukkan gambar mayat lelaki untuk pengecaman.

Pada mulanya, beliau menyangka polis datang ke rumah untuk menahan anak sulung daripada empat beradik itu.

"Saya tidak tahu anak saya itu tinggal di mana. Saya pernah cuba menghubunginya atau menghantar kiriman WhatsApp, namun tidak berjawab.